Persidangan UMNO cawangan medan tepat bincang perkukuh parti

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persidangan UMNO cawangan merupakan medan yang tepat bagi ahli di peringkat akar umbi membincangkan agenda memperkukuhkan parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak ahli untuk membulatkan tekad agar UMNO sentiasa dipelihara dengan semangat menjunjung kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

“Selamat bersidang saya ucapkan kepada semua ahli UMNO cawangan-cawangan di seluruh negara!⁣

“Amalkan norma baharu dan patuhi prosedur operasi standard (SOP) demi memastikan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat di sekeliling kita,” kata Perdana Menteri dalam catatan di Facebook rasminya pada Jumaat.

Persidangan UMNO cawangan berlangsung mulai hari ini sehingga 30 November sebelum disusuli Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian pada 11 dan 12 Disember serta Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 18 Disember depan.

Perhimpunan Agung UMNO 2021 pula dijadual diadakan selama tiga hari bermula 13 Januari tahun hadapan. - Bernama

Artikel Berkaitan: