Neymar akan beraksi beberapa tahun lagi

No Image Caption
A
A
A

PENGENDALI Paris St Germain (PSG), Mauricio Pochettino percaya bintang kelab itu, Neymar akan terus beraksi dalam beberapa tahun lagi walaupun tonggak Brazil tersebut menyatakan Piala Dunia Qatar 2022 merupakan penampilan terakhirnya.

Malah menurut Pochettino, komen Neymar itu hadir selepas karier pemain Les Parisiens tersebut sering menjadi perhatian pelbagai pihak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Neymar seorang yang ikhlas, dia meluahkan perasaannya dengan cepat. Namun kekuatan mentalnya telah diuji sejak sekian lama sejak dia menjadi tumpuan menyebabkannya mengharungi pelbagai tekanan sejak kecil.

"Kadang-kadang perkara di luar konteks. Neymar suka bola sepak dan saya yakin dia akan bermain selama bertahun-tahun, dan saya tidak ragu-ragu mengenai perkara itu," ujar pengendali dari Argentina tersebut.

Bintang Brazil berusia 29 tahun itu sebelum ini menyatakan Qatar 2022 berkemungkinan pentas terakhirnya di temasya sukan bola sepak terbesar dunia berkenaan, selepas mengakui kurang pasti kemampuan mentalnya mengharungi cabaran sukan tersebut.

Artikel Berkaitan: