Anggota Tentera Laut AS dipecat jika tidak ambil vaksin

Anggota-anggota Tentera Laut Amerika Syarikat diberi amaran akan dipecat jika mereka tidak mengambil vaksin Covid-19. - Foto US Navy
Anggota-anggota Tentera Laut Amerika Syarikat diberi amaran akan dipecat jika mereka tidak mengambil vaksin Covid-19. - Foto US Navy
A
A
A

WASHINGTON - Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) menyatakan pada Khamis bahawa anggotanya yang masih tidak disuntik dengan vaksin Covid-19 akan dipecat daripada perkhidmatan.

Amaran itu diberikan sebelum tarikh akhir tamat suntikan vaksin tersebut yang perlu diperoleh oleh askar-askar AS iaitu pada 28 November depan.

Menurut tentera berkenaan dalam satu kenyataan, ia akan menyingkirkan askar-askar yang enggan menerima vaksin dan merupakan penerangan jelas mengenai nasib bakal diterima oleh askar-askar AS yang enggan menerima vaksin Covid-19.

Ketua Kakitangan Tentera Laut AS, Laksamana John Nowell berkata, tentera itu sebelum ini mempunyai 164 kes kematian sejak pandemik tersebut bermula.

Daripada jumlah itu, sebanyak 144 kes adalah kerana tidak mendapat vaksin manakala status 20 yang lain masih tidak jelas.

Jurucakap Jabatan Pertahanan AS, John Kirby pada Selasa lalu menyatakan, bahawa secara keseluruhannya sebanyak 96.7 peratus atau hampir 1.4 juta askar negara itu yang aktif telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19. - Agensi

Artikel Berkaitan: