Gangguan air: Proses pemulihan bekalan capai tahap 28 peratus

Gangguan bekalan air sekitar Lembah Klang telah mencapai tahap pemulihan 28 peratus sehingga jam 6 pagi pada Jumaat.
Gangguan bekalan air sekitar Lembah Klang telah mencapai tahap pemulihan 28 peratus sehingga jam 6 pagi pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Proses pemulihan bekalan air di 998 kawasan yang terjejas berikutan kerja-kerja pembaikan dan penyelengaraan aset utama di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP) telah mencapai tahap 28 peratus sehingga jam 6 pagi pada Jumaat.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdb Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, kawasan yang telah mula menerima agihan bekalan adalah membabitkan Kuala Selangor (75.6 peratus); Hulu Selangor (60.7 peratus); Petaling(60.4 peratus); Shah Alam (40.4 peratus); dan Klang (0.9 peratus).

Menurut Elina, sementara itu, kawasan Gombak, Kuala Lumpur dan Kuala Langat masih dalam proses bagi menerima agihan bekalan air berkenaan.

"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan," katanya.

Tambahnya, Air Selangor berharap pengguna dapat menggunakan bekalan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan berjalan lancar.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan sebanyak 998 kawasan sekitar Lembah Klang berdepan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula pada Rabu.

Gangguan bekalan bermula jam 9 pagi itu menjejaskan penduduk di wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.

Artikel Berkaitan: