UMNO pilih bercerai, mahu gerak solo

Ahmad Zahid memberi gambaran kerjasama dalam Muafakat Nasional berkemungkinan tidak dapat direalisasikan dalam PRN Melaka sekiranya ia diadakan kelak.
Ahmad Zahid memberi gambaran kerjasama dalam Muafakat Nasional berkemungkinan tidak dapat direalisasikan dalam PRN Melaka sekiranya ia diadakan kelak.
A
A
A

SETELAH dua tahun membentuk Muafakat Nasional, UMNO memilih untuk bergerak secara sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Gambaran UMNO bergerak secara sendirian pada PRN Melaka nanti dilihat seolah-solah parti itu tidak berpijak atas realiti politik semasa, khususnya politik Melayu di negara ini.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan untuk mengadakan PRN Melaka, UMNO akan berhadapan dengan satu laluan yang sukar.

Situasi itu akan mengakibatkan kerugian kepada orang Melayu sendiri apabila politik kaum tersebut berpecah menjadi lebih daripada satu parti.

UMNO mungkin akan sekali lagi terlepas untuk mentadbir Melaka dan menyebabkan kerugian besar untuk kembali menjadi kerajaan.

Ia bukan sahaja memberi kesan kepada politik UMNO, tetapi situasi ini akan dilihat sebagai cerminan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan lebih menyukarkan kerjasama yang boleh dibentuk dan dibangunkan semula bersama parti Melayu lain.

Dalam pada itu, Pas tiada masalah bertanding sedikit kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka berbanding PRU14 sekiranya dipinta oleh rakan sekutu parti dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menetapkan kesediaan Pas itu adalah berlandaskan syarat kedua-dua koalisi Muafakat Nasional dan PN perlu menjamin ketiadaan pertembungan tiga penjuru antara satu sama lain kelak.

Artikel Berkaitan:

Jelas beliau lagi, Pas dijangka diberikan sekurang-kurangnya dua kerusi DUN oleh UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan mengakui bersyukur dengan jumlah kerusi DUN diberikan susulan parti itu gagal memenangi sebarang kerusi pada PRU14.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, UMNO dan Pas masih boleh mewujudkan satu kerjasama politik tidak rasmi bagi menghadapi PRN Melaka akan datang sekalipun ruang kerjasama rasmi melalui Muafakat Nasional sudah tertutup.

Tambahnya, secara teknikal, Muafakat Nasional bukan satu pembentukan kerjasama politik di antara Pas dan UMNO yang dibuat secara formal apabila ia hanyalah satu piagam politik yang tidak didaftarkan melalui Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) sebagaimana Barisan Nasional (BN).

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran kerjasama dalam Muafakat Nasional berkemungkinan tidak dapat direalisasikan dalam PRN Melaka sekiranya ia diadakan kelak.

Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sekali lagi menjadi tumpuan petugas media susulan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung pada malam Khamis.