X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 23 Januari 2022

Malaysia diundi duduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB

Ismail Sabri
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia berjaya meraih 183 undi untuk mengisi satu daripada 18 kerusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penggal 2022-2024.

Perdana Menter, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam hantaran di laman Facebooknya malam tadi berkongsi berita gembira itu.

"Kejayaan Malaysia menduduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB merupakan pencapaian yang hebat dan pengiktirafan kepada status hak asasi manusia,” katanya yang turut mengucapkan tahniah atas pencapaian itu.

Beliau berkata Malaysia sedia memainkan peranan aktif seperti menjadi pemudah cara bagi rundingan damai, pemboleh kerjasama dan pembina konsensus.

"Malaysia akan bekerjasama rapat dengan negara anggota PBB untuk memajukan agenda hak asasi manusia di peringkat global sebagaimana yang termaktub dalam Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia.

"Ketika semua negara merangka kerja-kerja asas bagi pemulihan yang mampan dan inklusif pasca #COVID19, hak asasi manusia perlu menjadi keutamaan dalam semua usaha kita. Dalam kesatuan, demi kemanusiaan,” katanya. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!