PKPD di dua lokaliti di Lipis tamat esok

PKPD di dua lokaliti di Lipis, Pahang ditamatkan esok seperti dijadualkan. - Foto fail Bernama
PKPD di dua lokaliti di Lipis, Pahang ditamatkan esok seperti dijadualkan. - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Lipis, Pahang ditamatkan esok seperti dijadualkan, menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad.

Dalam kenyataan menerusi Facebook pada Khamis, beliau berkata, PKPD di dua lokaliti itu adalah di Ladang Felda Kechau 9, Mukim Kechau dan Taman Teratai, Mukim Budu yang bermula 2 Oktober lepas.

Beliau berkata, penamatan dibuat setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai situasi semasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: