Selebriti yang hidup bermadu

Salih kini bahagia bersama tiga isteri, salah seorangnya telah berpisah
Salih kini bahagia bersama tiga isteri, salah seorangnya telah berpisah
A
A
A
BILA sebut perkataan bermadu, rata-rata wanita pasti menolaknya. Bagaimanapun masih ada wanita yang sanggup bermadu kasih, jika ada pun mungkin satu dalam 1000. Bukan hanya orang kebiasaan bahkan kehidupan bermadu juga turut terjadi di kalangan selebriti. Disenaraikan antara selebriti yang hidup bermadu dan kekal bahagia hingga kini.

1) Salih Yaakob

Pelakon dan penyampai radio, Salih Yaakob tidak segan mendedahkan rahsia dirinya yang mempunyai empat isteri iaitu Norlizah Mamat, 51; Nor Raha Hamad; Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29.

Bagaimanapun, tiga tahun lalu, beliau telah menceraikan isteri keduanya, Nor Raha selepas mendirikan rumah tangga selama 23 tahun. Isterinya itu mendakwa minta dilepaskan sejak tahun 2012 atas sebab-sebab tertentu. Hasil perkahwinan dengan kesemua isterinya, Salih dikurniakan 13 anak.

Isteri-isteri Asyraf begitu rapat antara satu sama lain
Isteri-isteri Asyraf begitu rapat antara satu sama lain

2) Asyraf Muslim

Penerbit dan aktor kacak, Ashraf Muslim, 38, mengejutkan dunia hiburan tanah air apabila berkahwin dengan Dr Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi. Beliau terlebih dahulu berkahwin dengan Noor Dayana namun tidak dikurniakan cahaya mata. Pelakon filem Aku Masih Dara itu mengahwini Wan Sakinah di Thailand pada 7 Julai 2013.

Bagaimanapun, keajaiban berlaku selepas beliau berkahwin dengan isteri keduanya, kedua-dua isterinya hamil secara berselang-seli. Kehadiran pengikat kasih iaitu Sarah Ashraf,5, Adam Ashraf, 4, Anas Ashraf dan Saffiyah Ashraf, 1, mengeratkan lagi hubungan mereka sekeluarga lebih-lebih lagi antara Dayana dan Sakinah yang dilihat sangat akrab umpama adik-beradik.

Artikel Berkaitan:

Madu (kanan) turut hadir meraikan kelahiran anak Salima
Madu (kanan) turut hadir meraikan kelahiran anak Salima

3) Salima AF

Bekas pelajar Akademi Fantasia 4, Nor Salima Habibi, 27, atau Salima bergelar isteri kedua kepada seorang pendakwah terkenal, Ustaz Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre. Mereka bernikah pada 30 November 2013 di kampung halamannya di Ipoh, Perak dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.

Sebelum ini, pendakwah terkenal itu mempunyai isteri pertama dikenali Sharifah Wafa’ Alhadad yang menetap di Singapura. Hasil perkahwinannya dengan wanita itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Syed Abdul Rahman, 13, Sharifah Sumayyah, 10, dan Sharifah Zainab, 8.

Kedua-dua isteri menemani Rahim ketika dia dirawat di hospital
Kedua-dua isteri menemani Rahim ketika dia dirawat di hospital

4) Rahim Sepahtu

Rahim Mat Ali, 49, atau Rahim mempunyai dua isteri iaitu Norazlin Abdullah, 42, dan Lily Khay berasal dari Simpang Renggam, Johor. Penyampai radio Sinar FM itu dikatakan berkahwin dengan isteri keduanya pada tahun 2015 atas persetujuan isteri pertama.

Adira bersama suami dan anak tunggalnya yang comel
Adira bersama suami dan anak tunggalnya yang comel

5) Adira AF

Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi, 28, bergelar isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu, 41, atau Datuk Red selepas beberapa minggu putus tunang dengan seorang jejaka. Naib juara Akademi Fantasia 2010 itu bernikah di daerah Songkla, Thailand pada 3 Disember 2015. Isteri pertama Datuk Red ialah Datin Syarifah Norshafila Hassim, 33.