Menara Dato' Onn jadi tumpuan, mesyuarat MKT UMNO malam ini

Petugas media berkumpul di WTCKL berikutan mesyuarat MKT UMNO yang dijadualkan berlangsung pada malam Khamis.
Petugas media berkumpul di WTCKL berikutan mesyuarat MKT UMNO yang dijadualkan berlangsung pada malam Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini sekali lagi menjadi tumpuan petugas media susulan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dijadualkan berlangsung pada malam Khamis.

Petugas media daripada pelbagai agensi didapati mula berkumpul di lokasi ini seawal jam 7 malam.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi catatan di Twitter pada Khamis memaklumkan bahawa mesyuarat MKT akan diadakan pada jam 8 malam.

Difahamkan, mesyuarat itu akan membincangkan persediaan UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Ia susulan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memberi gambaran kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) mungkin tidak dapat direalisasikan dalam PRN Melaka sekiranya diadakan kelak.

Perkara itu dimaklumkan beliau dalam sebuah program bual bicara 'Jawab, Saya Tanya' bertajuk 'PRU15: Membentuk Atau Membina Arus?' pada malam Selasa.

“Oleh kerana MN ini tidak pernah didaftarkan, maka saya tidak nampak ada cahaya terang untuk MN itu direalisasikan sebagaimana pilihan raya kecil yang pernah diadakan.

"Biarlah UMNO bertanding dengan panji-panji Barisan Nasional (BN) secara solo, dan Insya-ALLAH rakyat memilih parti yang terbaik,” kata beliau dalam program tersebut.

Artikel Berkaitan: