X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Penghuni pangsapuri lega lori tangki air muncul

Penghun turut menerima 1,000 botol air minuman lima liter sumbangan Air Selangor disampaikan oleh Izham (kanan).
A
A

KLANG - Kira-kira 2,400 penghuni Pangsapuri Sri Ayu, di sini menarik nafas lega apabila Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menghantar bekalan air menggunakan dua lori tangki pada Khamis.

Malah, penghuni di pangsapuri itu turut menerima 1,000 botol air minuman lima liter sumbangan Air Selangor disampaikan oleh Exco Pertanian dan Perladangan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim.

Pengerusi Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Sri Ayu, Kamarulzaman [email protected], 51, berkata, dua lori tangki dan 1,000 botol air minuman dihantar ke kawasan itu kira-kira jam 5 petang.

Kamarulzaman
Kamarulzaman

Menurutnya, gangguan bekalan air berlaku di kawasan itu sejak malam Rabu ekoran kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa Satu bermula pada Rabu.

"Sepanjang tempoh itu, penduduk yang tinggal di 678 unit rumah di sini kebanyakannya terpaksa mencatu air dan mengharapkan simpanan air sedia ada untuk kegunaan mereka termasuk memasak.

"Hari ini, semua boleh menarik nafas lega apabila Air Selangor muncul untuk menyalurkan bekalan air termasuk air minuman ke kawasan kami," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Sementara itu, seorang penghuni warga emas, Mohd Fadzil Razali, 65, ketika ditemui pemberita berkata, gangguan bekalan air itu sedikit sebanyak menyukarkan aktiviti harian penduduk.

Menurutnya, keadaan ini lebih menyukarkan bagi penghuni warga emas yang tinggal di aras tiga atau empat pangsapuri kerana kudrat mereka agak terbatas untuk mengangkut air.

"Kalau untuk kegunaan diri sendiri mungkin air takungan yang disimpan sudah cukup tetapi kalau bagi mereka yang mempunyai anak ramai terpaksalah turun naik tangga dan ini agak menyusahkan.

"Saya mandi 'koboi' pun sudah cukup tetapi bagi isteri selain kegunaan sendiri, dia perlu memasak dan membasuh sebab itu saya bimbang kalau lama sangat tak ada air di sini," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!