Hanya 1.89 peratus kes baharu di Sarawak libat jangkitan paru-paru

Gambar hiasan - Foto Fail Bernama.

Gambar hiasan - Foto Fail Bernama.

A
A
A

KUCHING - Hanya 1.89 peratus atau 20 daripada 1,061 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Khamis melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, baki 98.11 peratus atau 1,041 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan.

“Pertambahan kes hari ini (Khamis) menjadikan kumulatif kes positif di Sarawak kini 228,736.

“Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 278 kes diikuti Miri (235), Sibu (155) dan Bintulu (56),” menurut JPBN.

Selain itu, 23 kematian akibat Covid-19 direkodkan di Sarawak dari 1 Oktober hingga Rabu manakala jumlah kluster yang aktif pula sebanyak 63. - Bernama

Artikel Berkaitan: