UNESCO terima resolusi Pro-Palestin

UNESCO menerima dua resolusi yang menegaskan status Baitulmaqdis Timur sebagai kota yang diceroboh dan menggesa penamatan segera tindakan tidak sah yang dilakukan Israel di kota suci Baitulmaqdis. - Foto 123RF
UNESCO menerima dua resolusi yang menegaskan status Baitulmaqdis Timur sebagai kota yang diceroboh dan menggesa penamatan segera tindakan tidak sah yang dilakukan Israel di kota suci Baitulmaqdis. - Foto 123RF
A
A
A

RAMALLAH - Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Rabu menerima dua resolusi yang menyokong Palestin pada sesi ke-212 lembaga eksekutifnya yang diadakan di Paris.

Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyebut resolusi mengenai Palestin yang diceroboh dan institusi kebudayaan dan pendidikan Palestin dipersetujui sebulat suara oleh anggota majlis eksekutif organisasi itu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Menurut kenyataan itu, resolusi itu menegaskan status Baitulmaqdis Timur sebagai kota yang diceroboh dan menggesa penamatan segera tindakan tidak sah yang dilakukan Israel di kota suci Baitulmaqdis.

Menyambut baik resolusi itu, kementerian itu menyeru masyarakat antarabangsa dan UNESCO memberi tekanan pada Israel untuk menghentikan tindakan tidak sah itu dan percubaannya mensabotaj warisan kebudayaan Palestin.

Kementerian turut menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil langkah konkrit bagi memastikan pelaksanaan resolusi UNESCO berhubung dua perkara itu serta yang berkaitan dengan Al-Haram Al-Sharif dan Kota Lama Baitulmaqdis, Masjid Ibrahimi dan Kota Lama Hebron.

Kementerian itu turut menuntut ekskavasi haram Israel di Baitulmaqdis dihentikan. - Bernama

Artikel Berkaitan: