X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Tujuh maut dalam kebakaran bangunan di Taiwan

Kira-kira 160 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kebakaran dan api berjaya dipadamkan sekitar pukul 7.17 pagi waktu tempatan. - Foto CNN
A
A

ANKARA - Sekurang-kurangnya tujuh maut dan 44 yang lain cedera dalam kebakaran sebuah bangunan di Taiwan pada Khamis.

Pegawai di bandar Kaohsiung selatan bimbang angka korban akan meningkat setelah bangunan Cheng Chung Cheng setinggi 13 tingkat terbakar pada tengah malam, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik laporan Focus Taiwan.

Biro bomba tempatan menerima laporan mengenai kebakaran di bangunan komersial dan kediaman di Jalan Fubei di kawasan bandar di daerah Yancheng pukul 2.54 pagi (1854GMT Rabu).

Kebakaran dikatakan bermula di aras satu bangunan yang menempatkan 120 unit kediaman dari aras tujuh hingga 11.

Kira-kira 160 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kebakaran dan api berjaya dipadamkan sekitar pukul 7.17 pagi waktu tempatan.

Ketua Biro Bomba setempat Lee Ching-hsiu, mengatakan 53 penghuni yang diselamatkan dikejarkan ke hospital dengan 14 daripadanya tidak menunjukkan tanda-tanda kritikal.

"Pegawai itu mengatakan jumlah korban boleh meningkat kerana lebih banyak lagi yang terperangkap di bahagian kediaman bangunan antara tingkat tujuh dan 11."

"Anggota bomba masih meneruskan dengan pencarian mangsa di bangunan yang berusia 40 tahun itu selain menyiasat punca kebakaran," tambah Lee. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!