Dadah bernilai RM105,200 dirampas, 136 penagih ditahan

Seramai 136 penagih berusia antara 16 hingga 60 tahun berjaya kita tahan atas pelbagai kesalahan.
Seramai 136 penagih berusia antara 16 hingga 60 tahun berjaya kita tahan atas pelbagai kesalahan.
A
A
A

KUANTAN - Polis Pahang berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM105,200 di sekitar daerah Rompin dalam Ops Sarang dan Ops Indera yang diadakan sejak Isnin lalu.

Rampasan itu dilakukan hasil operasi khas dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang dengan kerjasama Polis Daerah Rompin yang beroperasi selama 72 jam.

Ketua JSJN Pahang, Superintendan Mohd Azam Ab Razak berkata, operasi itu tertumpu di lima kawasan penagihan yang dikenal pasti termasuk di kawasan Felda di daerah Rompin yang diserbu secara serentak.

"Susulan itu, seramai 136 penagih berusia antara 16 hingga 60 tahun berjaya d tahan atas pelbagai kesalahan.

Dua jenis dadah berjaya dirampas dianggarkan bernilai RM105,200 dalam operasi yang diadakan selama tiga hari bermula Isnin lalu.
Dua jenis dadah berjaya dirampas dianggarkan bernilai RM105,200 dalam operasi yang diadakan selama tiga hari bermula Isnin lalu.

"Kita turut merampas sejumlah dadah membabitkan 1,410 gram dadah jenis heroin dan 66.05 gram dadah jenis syabu yang dipercayai digunakan penagih di kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, Mohd Azam meminta orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penagihan dan pengedaran dadah di kawasan mereka.

Jelasnya, kerjasama ini perlu bagi membantu pihak polis membanteras kegiatan tidak bermoral itu.

Artikel Berkaitan:

"Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian 09-50519999 atau 09-50512202 atau hotline JSJN Pahang di talian 012-2087222," katanya.