X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 19 Mei 2022

Skypark Link kembali beroperasi mulai esok

Perkhidmatan Skypark Link mula beroperasi pada 1 Mei 2018 namun terpaksa dihentikan operasinya untuk sementara waktu berikutan pelaksanaan PKP.
A
A

SHAH ALAM - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan perkhidmatan Skypark Link akan kembali beroperasi dengan menggunakan jadual waktu baharu mulai esok.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata, pengoperasian semula perkhidmatan tersebut adalah susulan kebenaran rentas negeri termasuk kebenaran untuk pulang ke kampung halaman yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober lalu.

Tambah beliau, perkhidmatan tersebut juga melibatkan 21 tren dari stesen KL Sentral ke Terminal Skypark yang akan beroperasi setiap hari.

“Perkhidmatan tren pertama dari stesen KL Sentral ke Terminal Skypark bermula jam enam pagi dan perkhidmatan terakhir adalah pada jam 6.18 petang.

“Tren pertama dari Terminal Skypark ke KL Sentral pula bermula jam 7.08 pagi dan berakhir jam 8.01 malam.

“Penumpang boleh membuat pembelian tiket sama ada secara tunai atau tanpa tunai,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, perkhidmatan Skypark Link telah mula beroperasi pada 1 Mei 2018 namun terpaksa dihentikan operasinya untuk sementara waktu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pengguna boleh layari saluran media baharu KTMB atau hubungi pusat panggilan di talian 03-2267 12000.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!