X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Proses penyaluran air sedang berjalan

Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Proses penyaluran bekalan air ke sistem agihan bekalan untuk mengisi kolam-kolam air berjalan seperti yang dirancang setakat jam 12 tengah hari Khamis.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, bekalan air akan disalurkan kepada pengguna secara berperingkat bermula jam 5 petang Khamis.

Menurut kenyataan itu, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

"Peratusan pemulihan kawasan-kawasan yang terjejas, lokasi pili air awam dan pusat pengisian air komersial boleh didapati di pautan hentitugas.airselangor.com," menurut kemas kini di Facebook Air Selangor pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, Air Selangor terus menggerakkan bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 serta Pusat Pemberian Vaksin (PPV) selain untuk upacara pengebumian

Tambah kenyataan itu, pengguna boleh merujuk saluran komunikasi dan aplikasi Air Selangor atau menghubungi Air Selangor di talian 15300 untuk sebarang pertanyaan dan aduan.

Bermula Rabu, sebanyak 988 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air berjadual susulan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya menjelang Sabtu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!