Indonesia buka sempadan negara kepada pengunjung antarabangsa

Indonesia membuka semula penerbangan untuk pengunjung antarabangsa di dua wilayah itu mulai 14 Oktober kerana pandemik Covid-19 kini terkawal. - Foto 123rf
Indonesia membuka semula penerbangan untuk pengunjung antarabangsa di dua wilayah itu mulai 14 Oktober kerana pandemik Covid-19 kini terkawal. - Foto 123rf
A
A
A

JAKARTA - Pengunjung antarabangsa dari 19 negara dengan kadar positif Covid-19 kurang lima peratus dibenarkan datang ke Indonesia, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Luhut Binsar Pandjaitan dalam satu pertemuan di Jakarta pada Rabu.

Negara-negara itu adalah Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), New Zealand, Kuwait, Bahrain, Qatar, China, India, Jepun, Korea Selatan, Liechtenstein, Itali, Perancis, Portugal, Sepanyol, Sweden, Poland, Hungary dan Norway, lapor Xinhua.

"Dasar ini hanya khusus untuk penerbangan secara terus ke Bali dan Kepulauan Riau," tambah Pandjaitan.

Mereka dibenarkan memasuki negara Asia Tenggara itu jika negatif ujian Covid-19, telah lengkap divaksin, dan mempunyai insurans kesihatan serta bukti tempahan penginapan untuk kuarantin lima hari.

Bali merupakan wilayah Indonesia yang paling banyak menerima pengunjung antarabangsa, sementara Kepulauan Riau, di sebelah barat negara yang bersempadan dengan Singapura, menduduki tempat kedua bagi kedatangan pelancong asing.

Indonesia membuka semula penerbangan untuk pengunjung antarabangsa di dua wilayah itu mulai 14 Oktober kerana pandemik Covid-19 kini terkawal. - Bernama

Artikel Berkaitan: