Suntikan penggalak berkesan untuk penerima vaksin Johnson & Johnson

Suntikan penggalak Moderna atau Pfizer untuk penerima vaksin J & J didapati menyebabkan tahap kadar antibodi meningkat berdasarkan satu kajian terbaharu. - Foto
Reuters
Suntikan penggalak Moderna atau Pfizer untuk penerima vaksin J & J didapati menyebabkan tahap kadar antibodi meningkat berdasarkan satu kajian terbaharu. - Foto Reuters
A
A
A

WASHINGTON - Para penerima vaksin Johnson & Johnson (J&J) mungkin memperolah manfaat daripada suntikan penggalak Pfizer atau Moderna, kata satu kajian yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat (AS).

Hasil kajian itu yang dibiayai oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) sebelum ini ditunggu-tunggu di AS.

Ini adalah kerana suntikan penggalak daripada dos berlainan tidak dibenarkan di negara tersebut.

Kajian itu dilakukan melibatkan 458 orang dewasa yang telah divaksinkan dengan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer, Moderna atau J & J untuk sekurang-kurangnya 12 minggu.

Tiga kumpulan itu kemudian dibahagikan lagi kepada tiga kumpulan baharu untuk menerima satu suntikan penggalak.

Para penyelidik itu kemudian menganalisis tahap antibodi selepas 15 hari mereka menerima suntikan penggalak.

Hasil kajian itu mendapati para penerima suntikan asal J & J didapati mempunyai tahap antibodi empat kali lebih tinggi selepas satu suntikan penggalak J & J.

Penerima-penerima suntikan penggalak Pfizer pula mempunyai kadar antibodi 35 kali lebih tinggi selepas menerima suntikan asal J & J.

Artikel Berkaitan:

Para penerima suntikan penggalak Moderna pula didapati mempunyai kadar antibodi 76 kali lebih tinggi. - Agensi