X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 05 Disember 2021

Lebih banyak premis jual kit ujian kendiri Covid-19

Alexander Nanta Linggi
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini dalam perbincangan di peringkat akhir dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membolehkan lebih banyak premis menjual kit ujian kendiri Covid-19 seperti di pasar raya dan kedai rangkaian (chain store).

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pembukaan penjualan kit ujian itu oleh pasar raya dan kedai rangkaian dijangka dapat dilaksanakan dalam bulan ini.

Menurutnya, mengambil kira semangat Keluarga Malaysia dan kepentingan kit ujian pantas antigen covid-19 kepada masyarakat, perluasan penjualan kit ujian kendiri Covid-19 dijangka akan membolehkan orang ramai boleh mendapatkan RTK dengan lebih mudah.

“Pada masa yang sama, KPDNHEP amat menggalakkan peniaga menawarkan harga yang lebih rendah dan munasabah tanpa memerlukan kerajaan menentukan paras harga yang baharu,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata, KPDNHEP mengambil maklum bahawa terdapat lebih kurang 9 juta kit ujian kendiri Covid-19 telah berada di pasaran.

“Pihak industri yang terlibat membawa masuk dan mengeluarkan kit ini telah memberikan maklum balas positif supaya ia dapat dijual pada harga yang lebih rendah daripada harga runcit maksimum ketika ini.

“KPDNHEP yakin dengan usaha yang digembleng bersama antara pengeluar dan pengimport serta pihak pasaraya dan chain store dapat membantu menstabilkan harga dalam usaha untuk keluar daripada pandemik ini,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!