X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 29 Oktober 2021

Bursa Malaysia rendah pada awal dagangan

Bursa Malaysia
A
A

BURSA Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan aktiviti pengambilan untung membabitkan saham-saham wajaran tinggi yang mencatat peningkatan baru-baru ini.

Pada jam 9.03 pagi ini, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.16 mata kepada 1,600.22 daripada 1,600.38 pada akhir dagangan Rabu.

Sewaktu pasaran dibuka pagi ini, indeks penanda aras tersebut menokok 1.28 mata kepada 1,601.66.

Sentimen pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 219 berbanding 101 manakala 289 kaunter lain tidak berubah, 1,683 tidak diniagakan dan 17 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 170.27 juta unit bernilai RM71.87 juta.

Sementara itu, Rakuten Trade Research berkata FBM KLCI dijangka bergerak dalam jajaran paras 1,610-1,620.

“Berdasarkan penelitian terhadap aktiviti pembelian akhir-akhir ini, kami tidak menjangkakan sebarang kegiatan pengambilan untung secara besar-besaran,” katanya dalam nota penyelidikan, pada Khamis.

Selain itu, ia berkata pergerakan minyak sawit mentah (MSM) terus mengetepikan jangkaan apabila mencecah paras RM5,000 satu tan pada masa ini.

“Walaupun saham perladangan berkemungkinan meningkat, kami lebih memilih syarikat yang mencatat pulangan tinggi seperti FGV, Hap Seng Plant, Sime Plant dan Ta Ann memandangkan as 2021 akan menjadi satu lagi tahun memberangsangkan untuk syarikat-syarikat perladangan,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank menokok satu sen kepada RM8.30, Public Bank naik dua sen kepada RM4.21 manakala Petronas Chemicals dan IHH Healthcare meraih empat sen kepada masing-masing RM8.79 dan RM6.78.

Bagi saham aktif, Tanco tidak berubah pada 25 sen, Emico naik enam sen kepada 43.5 sen dan Konsortium Nasional susut 2.5 sen kepada 19.5 sen.

Kaunter paling untung menyaksikan United U-Li yang melonjak lapan sen kepada RM1.67, BSL dan Genting Plantation masing-masing naik enam sen kepada RM2.30 dan RM7.74.

Bagi kaunter paling rugi, Opcom turun lapan sen kepada RM1.59 manakala Sime Darby Plantation dan Telekom Malaysia masing-masing susut lima sen kepada RM4.40 dan RM5.86.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Index menokok 7.32 mata kepada 11,749.23 dan Indeks FBMT 100 naik 3.95 mata kepada 11,392.44.

Indeks FBM Emas Syariah menambah 9.64 mata kepada 12,840.49, FBM 70 menokok 25.14 mata kepada 15,315.25 manakala FBM ACE susut 9.57 mata kepada 7,188.78.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 16.59 mata kepada 15,734.09, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.28 mata kepada 211.95 dan Indeks Perladangan berkurangan 10.77 mata kepada 7,087.30. -Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!