X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Tiga didakwa mengedar kanabis, pil yaba

Narayanan Loganathan dibawa ke lokap selepas didakwa atas pertuduhan mengedar 62kg kanabis di Mahkamah Majistret Ipoh.
A
A

IPOH - Tiga individu termasuk dua wanita didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh di sini pada Khamis atas pertuduhan mengedar dadah jenis kabanis dan pil yaba minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada M Hemamalani, 26, warga Indonesia, Puteri Adelia, 21, dan warga India, Narayanan Loganathan, 42, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua wanita bersama dengan seorang lagi yang masih bebas didapati mengedar dadah berbahaya jenis pil yaba sejumlah 161 gram di sebuah rumah di Laluan Lahat Mines 4, Bandar Lahat Mines kira-kira jam 5.30 petang pada 4 Oktober lalu.

Sementara itu, dalam pertuduhan berasingan, Narayanan Loganathan didapati mengedar dadah jenis kanabis sejumlah 62 kilogram (kg) di sebuah rumah di Lahat Mines 1, Bandar Lahat Mines kira-kira jam 5.15 petang pada tarikh sama.

Hemamalani dan Puteri Adelia (kanan) di bawa ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mengedar dadah.
Hemamalani dan Puteri Adelia (kanan) di bawa ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan mengedar dadah.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 14 Disember untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Syahirah Azahar manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili R Rajasegaran.

Rabu minggu lalu, Sinar Harian melaporkan tiga individu termasuk dua wanita dipercayai ahli sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis merampas ganja dan pil kuda bernilai RM276,102.50 dalam serbuan di Bandar Lahat Mines dan Lahat di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tangkapan suspek berusia 21, 26 dan 42 tahun itu dilakukan sepasukan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!