X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Sistem rawatan air LRA SSP1 kembali stabil

Kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di LRA SSP1 telah dilaksanakan sepenuhnya pada jam 5 pagi Khamis. -Foto Facebook Air Selangor
A
A

SHAH ALAM - Sistem rawatan air di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) telah distabilkan pada jam 6 pagi Khamis.

Air Selangor Sdn Berhad (Air Selangor) dalam kenyataannya memaklumkan, bekalan kepada pengguna akan mula disalurkan secara berperingkat pada jam 5 petang hari sama.

"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air," katanya dalam satu kenyataan di Facebook rasmi Air Selangor pada Khamis.

Menurut Air Selangor, kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal di LRA SSP1 telah siap dilaksanakan pada jam 5 pagi Khamis.

"Air Selangor terus menggerakkan bantuan air alternatif melalui lori-lori tangki ke premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta untuk upacara pengebumian," jelas kenyataan itu.

Sejumlah 998 kawasan sekitar Selangor mengalami gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula pada Rabu hingga Sabtu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Suhaimi Kamaralzaman berkata gangguan disebabkan LRA SSP1akan dihenti tugas untuk memberi laluan kepada pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset-aset kritikal.

Antara kawasan yang disenarai terjejas oleh gangguan bekalan ialah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!