X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Kru produksi filem maut, tiga rakan parah

Keadaan Perodua Alza yang dinaiki mangsa selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 71, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, di Setiu, pada Rabu. Gambar kecil: Muhammad Nurshamril.FOTO: Ihsan Pembaca
A
A

SETIU - Seorang kru produksi filem maut manakala tiga lagi rakannya parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Kilometer 71, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, di sini kira-kira jam 1.15 tengah hari pada Rabu.

Insiden yang berlaku berhampiran simpang tiga Kampung Saujana itu menyebabkan mangsa, Muhammad Nurshamril Abdul Malek, 27, yang juga pemandu Perodua Alza mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh tunggul kayu pada bahagian kiri jalan menghala ke Kuala Terengganu.

Beliau berkata, mangsa bersama tiga lagi rakan sekerja ketika itu dalam perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.

Mangsa dibawa ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut. FOTO: Ihsan Pembaca.
Mangsa dibawa ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut. FOTO: Ihsan Pembaca.

"Mangsa yang ketika itu berada dalam kenderaan dikeluarkan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu.

"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke unit forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sementara itu, Afandi berkata, tiga lagi penumpang iaitu Kamarul Anuar Mohamed Nasir, 39, dari Petaling Jaya, Selangor serta Amir Daniel Suhaimi, 23, dari Kuantan, Pahang mengalami keretakan pada tulang di bahagian leher manakala Nur Azizi Nazril Abd Aziz, 26, dari Kuala Lumpur putus tangan kiri.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!