X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Operasi sektor pembinaan tidak perlu lagi surat kebenaran CIMS

Operasi dalam sektor pembinaan masih tertakluk kepada SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) semasa. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Semua operasi dalam sektor pembinaan tidak lagi memerlukan surat kebenaran melalui Sistem Pengurusan Pintar Covid-19 (CIMS) 3.0, susulan kebenaran merentas negeri bagi mereka yang telah menerima vaksinasi lengkap.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, bagaimanapun, operasi dalam sektor pembinaan masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) semasa.

“Bagi memastikan wabak Covid-19 dapat dibendung di tapak pembinaan, semua penggiat industri diingatkan supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Semua pekerja hendaklah dipastikan bebas daripada Covid-19 sebelum dibenarkan bekerja di tapak bina. Majikan perlu memastikan semua pekerja mengimbas MySejahtera atau mengisi buku kehadiran sebelum memulakan kerja setiap hari,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut Fadillah, sekiranya pekerja didapati mempunyai gejala Covid-19, mereka perlu menjalani ujian saringan Covid-19 dan jika terdapat kes positif di tapak bina, majikan perlu melaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Beliau turut mengingatkan penggiat industri untuk terus memastikan semua peruntukan Akta 520 (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia), Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dan Akta 446 (Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990) dipatuhi setiap masa. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!