SPRM buka kertas siasatan projek tambak laut di Melaka

Ibu pejabat SPRM di Putrajaya
Ibu pejabat SPRM di Putrajaya
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu membuka satu kertas siasatan berhubung projek penambakan laut di Melaka yang dipercayai berlaku kegiatan rasuah.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan telah menerima aduan rasuah daripada Presiden Laskar Siber Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berhubung projek berkenaan.

“Aduan yang dibuat di Ibu Pejabat SPRM akan dikepilkan dalam kertas siasatan berkenaan dan SPRM akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes ini meliputi semua aspek yang dibangkitkan dalam aduan tersebut,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Lokman berkata, pihaknya ada menerima maklumat terdapat individu menerima rasuah untuk mempengaruhi kerajaan bagi dianugerahkan projek terbabit.

“SPRM perlu melaksanakan siasatan segera memastikan nama baik UMNO dapat diselamatkan sebelum individu berkenaan dinamakan sebagai calon pilihan raya ...serta menjejaskan kemenangan calon-calon UMNO lain yang bersih,” katanya kepada pemberita di pekarangan ibu pejabat SPRM, di sini. - Bernama

Artikel Berkaitan: