Tidak salah bahas isu Kertas Pandora: Najib

Najib
Najib
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpendapat tidak salah untuk membenarkan mana-mana pihak membahas isu Kertas Pandora di Parlimen.

Menurut Najib, dengan membenarkan perkara tersebut dibahas, ia mampu mengelakkan salah faham rakyat atau dijadikan modal politik oleh individu atau kumpulan tertentu.

"Saya berpendapat tak ada salahnya untuk membenarkan mereka bahas isu Pandora papers ini.

"Jangan dibenarkan rakyat ada salah faham, dikelirukan atau dijadikan modal politik mereka.

"Saya juga nak tahu bagaimana seorang tertentu berupaya membeli 13 buah bank seluruh dunia," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Rabu.

Sebelum ini media melaporkan usul Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan laporan Pandora Papers di Dewan Rakyat ditolak Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Menurut Azhar Azizan, usul tersebut boleh dirujuk dalam prosedur lain termasuk dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Dalam hantaran yang sama, Ahli Parlimen Pekan itu mahu melihat bagaimana Pakatan Harapan (PH) menjawab isu aliran keluar wang haram seperti laporan Global Financial Integrity yang sebenarnya berpunca daripada aktiviti Trade Mispricing bagi mengelak cukai Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Melalui hantaran sama, Najib turut mengakui tidak sabar mendengar jawapan PH mengenai pembatalan GST yang sangat membantu melawan Trade mispricing tersebut, yang banyak merugikan negara dengan menguntungkan pemilik syarikat.