X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Hanya 15 kes baharu Covid-19 di Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

Hanya 15 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Rabu melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator. - Foto Bernama
A
A

KUCHING - Hanya 15 daripada 1,165 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Rabu melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

JPBN Sarawak dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan baki 1,150 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan.

“Pertambahan kes pada Rabu menjadikan kumulatif kes positif di Sarawak kini 227,675 kes.

“Antara kawasan yang mencatatkan kes tertinggi adalah Kuching dengan 257 kes diikuti Miri (211), Sibu (128), Bintulu (77) dan Bau (63),” menurutnya.

Selain itu, 13 kematian akibat Covid-19 direkodkan di Sarawak dari 4 Oktober hingga semalam. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!