X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Ops Merah: 115 kesalahan melibatkan penunggang p-hailing

A
A

KUANTAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang mengesan 115 kesalahan melibatkan penunggang perkhidmatan p-hailing dalam Operasi Khas Ops Merah bermula 8 Oktober hingga Selasa lalu.

Kesalahan tiada lesen memandu mencatatkan kes tertinggi iaitu 26 kes diikuti kesalahan nombor pendaftaran sebanyak 22 kes dan 19 kes melanggar isyarat lampu merah.

Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, kesalahan lain yang dikesan melibatkan golongan itu antaranya menggunakan motosikal tanpa cermin sisi (9 kes), tidak menampal Lesen P (8 kes), cukai jalan tamat tempoh (4 kes), tiada insurans (4 kes), langgar isyarat lalu lintas sehala (4 kes) dan lain-lain kes (19 kes).

Menurutnya, daerah yang dikesan mencatatkan kesalahan tertinggi melibatkan penunggang p-hailing ialah Temerloh dengan 39 kes diikuti Kuantan sebanyak 26 kes.

Kamarul Iskandar menampal pelakat pantulan cahaya pada motosikal salah seorang penunggang P-hailing yang mengikuti Program Advokasi JPJ Pahang di Taman Kerang di sini ada Rabu.
Kamarul Iskandar menampal pelakat pantulan cahaya pada motosikal salah seorang penunggang P-hailing yang mengikuti Program Advokasi JPJ Pahang di Taman Kerang di sini ada Rabu.

"Jumlah kes keseluruhan yang direkodkan dalam operasi itu sebanyak 839 kes. Kesalahan tiada lesen memandu, nombor pendaftaran dan langgar lampu isyarat merah merekodkan kes tertinggi," katanya pada Program Advokasi JPJ Pahang Bersama Penunggang Perkhidmatan P-hailing di Taman Kerang di sini pada Rabu.

Kamarul Iskandar berkata, operasi khas Ops Merah dilaksanakan bertujuan memantau tahap pematuhan undang-undang jalan raya di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ 1987) fokus kepada penunggang perkhidmatan P-hailing di negeri ini.

"Operasi secara berterusan ini sebagai respon kepada aduan orang awam terhadap pelbagai kesalahan pemandu dan penunggang motosikal terutama yang menjadi punca kemalangan maut.

"Antara tiga kesalahan utama dan akan dipantau sepanjang operasi ialah gagal patuhi isyarat lampu merah, gagal patuhi isyarat lalu lintas jalan sehala dan tidak memakai topi keledar," katanya.

Kamarul Iskandar menyampaikan cenderahati kepada Mazlan Abdul Manan,41 yang mewakili penunggang P-hailing yang menyertai Program Advokasi JPJ Pahang di Taman Kerang di sini pada Rabu.
Kamarul Iskandar menyampaikan cenderahati kepada Mazlan Abdul Manan,41 yang mewakili penunggang P-hailing yang menyertai Program Advokasi JPJ Pahang di Taman Kerang di sini pada Rabu.

Tambah beliau, operasi melalui pendidikan dan penguatkuasaan secara berterusan itu diharap mampu memberi kesedaran kepada semua penunggang p-hailing untuk mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

"Selain memastikan keselamatan mereka semasa bekerja, ia juga untuk keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

"Mereka perlu menghargai kebenaran kerajaan yang membenarkan operasi p-hailing dengan mematuhi peraturan jalan raya dan menjadi contoh kepada penunggang lain," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!