Budak mati dalam van: Pemandu direman seminggu

PDRM
PDRM
A
A
A

SEREMBAN - Pemandu van yang membawa seorang kanak-kanak autisme yang ditemui meninggal dunia selepas dipercayai akibat tertinggal di dalam kenderaan itu selama tiga jam, direman tujuh hari bermula Selasa.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, perintah tahanan reman ke atas lelaki berusia 34 tahun itu dikeluarkan sehingga 18 Oktober depan bagi membantu siasatan.

Sinar Harian online sebelum ini melaporkan polis menahan pemandu van terbabit untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 susulan laporan polis berhubung kematian mangsa.

Siasatan awal mendapati pemandu van tersebut perlu menghantar mangsa ke Pusat Jagaan Harian di Taman Nusari Aman.

Bagaimanapun, pemandu itu pulang ke rumahnya di Taman Nusari Bayu 2, tanpa menyedari mangsa masih berada di dalam kenderaannya dari jam 2.30 petang hingga 5.30 petang.

Artikel Berkaitan: