DBKL sita khemah penjaja

Tindakan sita ke atas khemah ditinggalkan penjaja.
Tindakan sita ke atas khemah ditinggalkan penjaja.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Inisiatif Wilayah Bebas Niaga bukan alasan penjaja yang memiliki Lesen Sementara Kuala Lumpur (KL) Prihatin mengabaikan syarat ditetapkan.

Unit Media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan di Facebook rasminya pada Rabu memaklumkan telah menyita khemah penjaja yang ditinggalkan di kaki lima sekitar Taman Maluri, Cheras.

Kenyataan itu memberitahu, tindakan berkenaan selaras di bawah peraturan Lesen Sementara KL Prihatin yang mensyaratkan pemilik lesen perlu mengosongkan tapak perniagaan selepas berniaga.

"Beberapa notis penguatkuasaan turut dikeluarkan kerana mendirikan gerai kecil di atas kaki lima dan telah menyebabkan halangan.

"Tindakan ini dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan DBKL dan pemantauan dan tindakan seumpama ini akan diteruskan dari asa ke masa," menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, peniaga diingatkan mematuhi syarat yang telah dikeluarkan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan dikenakan ke atas mereka.

Artikel Berkaitan: