Afghanistan miliki banyak peluang baharu boleh diteroka

Abdulaziz Kamilov
Abdulaziz Kamilov
A
A
A

KUALA LUMPUR - Afghanistan mempunyai banyak peluang baharu yang boleh diteroka dan dimanfaatkan terutama membabitkan projek serantau yang kreatif dan konstruktif di sebalik negara itu dianggap medan penuh cabaran dan ancaman.

Menteri Luar Uzbekistan, Abdulaziz Kamilov berkata, keadaan sememangnya sukar untuk melaksanakan pembangunan di Afghanistan, tetapi ia adalah realiti baharu yang perlu ditangani.

“Jelasnya, keadaan di negara itu masih menjadi faktor ketegangan di peringkat serantau terutama jika mengambil kira kehadiran kumpulan pengganas yang wujud di wilayah Afghanistan,” katanya dalam temu ramah dengan media tempatan, New Uzbekistan. Transkrip terjemahan temu ramah itu disediakan kepada Bernama.

“Bagaimanapun, apa yang perlu diambil kira adalah disebaik hakikat Afghanistan adalah sumber, bukan saja cabaran dan ancaman, tetapi jug peluang baharu yang boleh digunakan sebagai asas untuk projek kreatif dan konstruktif serantau.

“Kita memang mahu mengelak Afghanistan dipencilkan antarabangsa dan imej sebagai ‘negara kasar’ di sempatan selatan kami, bagi menghalang senario lewat 90-an kembali berulang,” kata Kamilov.

Beliau berkata, Uzbekistan turut memperhebat pemberian bantuan kemanusiaan kepada Afghanistan serta membuka sempadan negara dan meneruskan membekalkan barang keperluan seperti makanan, produk minyak dan elektrik.

"Tashkent juga menyokong pembekuan aset negara Afghanistan di bank-bank asing ditarik balik, meminta masyarakat dunia untuk terus melaksanakan projek sosial, ekonomi dan infrastruktur di Afghanistan.

"Kami yakin dengan meneruskan bantuan sosioekonomi dan pelaksanaan projek pembangunan ia dapat membantu mencegah krisis kemanusiaan, menstabilkan keadaan dan membangunkan kembali Afghanistan.

Artikel Berkaitan:

"Uzbekistan tidak ada agenda tersembunyi. Pendirian dan tindakan kita jelas, telus serta pragmatik. Uzbekistan mahu membantu Afghanistan menjadi negara yang aman dan bebas,” katanya.

Beliau berkata, Afghanistan tidak seharusnya menjadi halangan sebaliknya jambatan yang memperkukuh kerjasama antara Asia Tengah dan Selatan. - Bernama