Produk tempatan diyakini berkualiti

No Image Caption
A
A
A

Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) yang dianjurkan setiap tahun oleh kerajaan khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertujuan menggalakkan pengguna tempatan mencintai, membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia.

Kempen yang diperkenalkan pada tahun 1984 itu mampu merubah keadaan ekonomi negara terutama dalam usaha memastikan pengusaha tempatan kembali bangkit selepas terjejas akibat pandemik Covid-19.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, rata-rata masyarakat lebih memilih produk jenama tempatan berbanding produk antarabangsa kerana ia menawarkan harga berpatutan serta kualiti memuaskan.

Peratus keyakinan masyarakat terhadap produk tempatan juga berada pada tahap yang baik sekali gus menunjukkan KBBM mampu memberi impak positif kepada pemilihan produk dalam kalangan pengguna.

Chay Ee Mong
Chay Ee Mong

Bagi Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan-Persatuan Pekebun Sayur Malaysia, Chay Ee Mong, 67, beliau berpendapat produk tempatan perlu dijaga dari segi kualiti supaya keyakinan orang ramai untuk membeli meningkat.

“Saya pernah dengar mengenai KBBM, tetapi apa yang penting kualiti produk mesti didahulukan, dan dijaga. Harga mahal sedikit pun tidak mengapa,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Ummi Athirah Farydz
Ummi Athirah Farydz

“Walaupun saya tidak mengikuti KBBM ini secara terperinci tetapi hampir 90 peratus barangan yang saya guna adalah produk tempatan. Barangan tempatan lebih mudah didapati di pasaran, harganya lebih berbaloi berbanding produk import. “ - Pelajar IPTS, Ummi Athirah Farydz, 24.

Ong Zhi Ken
Ong Zhi Ken

“50 peratus barangan yang saya beli memang produk tempatan terutamanya makanan. Secara amnya, saya rasa harga produk kita berpatutan. Saya lihat kualiti juga semakin baik seperti contoh periuk nasi jenama tempatan yang saya guna masih bertahan walaupun sudah lama.” - Pelajar IPTS, Ong Zhi Ken, 21.

Farah Nadia Muhammad Fazlie
Farah Nadia Muhammad Fazlie

“KBBM merupakan satu langkah baik dalam mempromosikan produk tempatan kepada masyarakat.

70 peratus barangan peribadi saya adalah barangan kita. Banyak produk kita yang berkualiti tinggi seperti contoh beg jenama Bonia. Kualitinya setanding dengan jenama antarabangsa.” - Eksekutif Multimedia Digital, Farah Nadia Muhammad Fazlie, 24.

Diyana Ridzyianty
Diyana Ridzyianty

“Saya banyak membeli produk pengusaha IKS (industri kecil dan sederhana). Saya sangat yakin kerana nilainya yang berkualiti dan harga berpatutan. Contohnya makanan, pakaian seperti tudung serta baju.” - Wartawan, Diyana Ridzyianty, 25.

Quek Shu Xin
Quek Shu Xin

“Kualiti produk tempatan memang lebih maju jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini, malah harganya berpatutan. Kebanyakan barangan tempatan yang saya guna lebih cenderung kepada bahan makanan dan peralatan pembersihan rumah.” - Wartawan, Quek Shu Xin, 32.

Lin Yong Suen
Lin Yong Suen

“Kualiti produk tempatan tidak jauh bezanya dengan produk antarabangsa. Tapi secara peribadi, 30 hingga 40 peratus barangan peribadi saya berjenama tempatan. Dari segi bandingan harga dan kualiti pada saya tidak jauh beza dengan jenama luar.” - Pelajar IPTS, Lin Yong Suen, 21.

“Saya berpendapat produk tempatan perlu jaga kualiti supaya keyakinan orang ramai lebih tinggi bukan sahaja kita tetapi pengguna luar negara. Saya pernah dengar mengenai KBBM, tapi apa yang penting kualiti produk mesti dijaga, harga mahal sedikit pun tak apa.”

- Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan-Persatuan Pekebun Sayur Malaysia, Chay Ee Mong, 67.

Subashini Jeyaraman
Subashini Jeyaraman

“Harga produk yang murah antara faktor pengguna pilih barangan kita berbanding produk luar. Saya rasa yakin terhadap produk tempatan kerana kualitinya juga setanding terutama produk kegunaan harian seperti bahan pencuci.” - Wartawan, Subashini Jeyaraman, 25.

Muhammad Amirul Helmy Yahya
Muhammad Amirul Helmy Yahya

“Berdasarkan keadaan ekonomi sekarang yang terjejas disebabkan Covid-19, harga barangan tempatan dilihat lebih relevan berbanding barangan import. Dari segi kualiti produk juga sebenarnya seiring dengan jenama luar. Hanya pengguna yang perlu bijak memilih.” - Pegawai Komunikasi Korporat, Muhammad Amirul Helmy Yahya, 27.

Shivani Anne
Shivani Anne

“Saya tak pernah tahu tentang KBBM tetapi saya memang ada membeli dan menggunakan

barangan tempatan. Saya katakan sekurang-kurangnya 20 peratus daripada apa yang saya gunakan adalah buatan Malaysia. Ini termasuk barang makanan juga.” - Penulis bebas, Shivani Anne, 25.

Nazrizal Mohd Gazali
Nazrizal Mohd Gazali

“Saya menyokong hala tuju KBBM untuk bantu peniaga tempatan. Secara peribadi, saya menggunakan hanya 30 hingga 40 peratus barangan tempatan. Ada sebahagian produk harganya agak mahal tetapi kualitinya tidak setanding dengan harga ditawarkan.” - Pekerja swasta, Nazrizal Mohd Gazali,27.

Tiffinny Shally Anak Tasing
Tiffinny Shally Anak Tasing

“Rakyat Malaysia perlu tahu tentang KBMM dan patut menyokongnya. Hampir 70 peratus barangan peribadi saya adalah jenama tempatan. Untuk barangan elektronik seperti jam tangan, televisyen, telefon, laptop dan sebagainya saya guna jenama antarabangsa.” - Pekerja sumber manusia, Tiffinny Shally Anak Tasing, 29.