Perhimpunan MCA tanpa wakil BN

A
A

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung Tahunan MCA berlangsung hari ini tanpa kehadiran mana-mana wakil BN.

Secara tradisinya, MCA akan menjemput wakil BN merasmikan acara tahunan itu.

Namun pagi ini, bekas Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai dijadualkan menyampaikan ucapan perasmian di Wisma MCA.

Sebelum ini media melaporkan MCA tidak menjemput wakil Umno dan MIC ke perhimpunan kali ini.

Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong menyampaikan Ucapan Dasar bertajuk Utamakan Pandangan Umum, Usaha Pembaharuan Parti sekitar jam 9.20 pagi tadi sepenuhnya dalam bahasa Mandarin.

Dalam perhimpunan kali ini, MCA dijangka bakal memutuskan hubungan dengan Umno dan MIC susulan hubungan baik rakan gabungannya itu dengan Pas.

Semalam, Timbalan Presidennya, Datuk Dr Mah Hang Soon memberitahu MCA akan memutuskan sama ada akan kekal bersama dengan BN atau mungkin mendesak agar pakatan itu dibubarkan sahaja.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan kedudukan MCA dalam BN esok ]

[ ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda MCA desak bubar BN ]

MCA kalah teruk dalam PRU14 lalu apabila hanya menang satu daripada 39 kerusi Parlimen dan dua daripada 90 kerusi Dun sekali gus kekalahan paling teruk dalam sejarah 69 tahunnya.