X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

Ekonomi negara akan kembali pulih 2022: Tengku Zafrul

Tengku Zafrul bercakap ketika program ‘Bersama Tengku Zafrul’ yang dia adakan di bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Jalan Duta. Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID.
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz optimis ekonomi Malaysia akan kembali 'bercahaya' tahun depan.

Menurutnya, keyakinan itu bersandarkan kepada pembukaan ekonomi secara berfasa termasuk yang terkini kebenaran rentas negeri.

"Saya optimis melihat baru-baru ini pengumuman pembukaan rentas negeri yang akan membantu sektor pelancongan.

"Ekonomi mula dibuka secara berfasa dengan selamat, kadar vaksinasi juga agak tinggi. Kita sudah mula menjalankan vaksinasi kepada golongan remaja.

"Jadi, saya optimis pada tahun 2022 negara akan kembali semula. Ia akan menjadi tahun pemulihan untuk Malaysia, InsyaALLAH," katanya dalam program Bersama Tengku Zafrul di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini pada Selasa.

Tengku Zafrul berkata demikian ditanya sama ada beliau melihat 'ada cahaya di hujung terowong' dengan segala cabaran ekonomi akibat pandemik Covid-19 ini.

Program yang berlangsung kira-kira sejam di semua platform Sinar Harian itu dihoskan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!