Israel roboh rumah keluarga tahanan Palestin di Hebron

Polis Israel berkumpul di luar kediaman keluarga tahanan Palestin, Arafat Irfaiya.
Polis Israel berkumpul di luar kediaman keluarga tahanan Palestin, Arafat Irfaiya.
A
A
A

BAITULAHAM - TEBING BARAT. Pihak berkuasa Israel menyerbu rumah tahanan Palestin, Arafat Irfaiya di selatan Hebron semalam dan menyerahkan notis perobohan struktur kediaman kepada wakil keluarga tersebut.

Tindakan itu sebagai 'tindak balas' selepas Irfaiya dituduh menikam sehingga mati seorang peneroka haram Yahudi dalam kejadian bulan lalu.

Keluarga Irfaiya boleh mengemukakan rayuan bagi menghalang perobohan itu di mahkamah.

Media Israel mendakwa Irfaiya membunuh Ori Ansbancher dan mayat wanita terbabit ditemui di kawasan hutan berhampiran perkampungan Al-Walaja. - Agensi

Artikel Berkaitan: