Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak fasa satu siap 71 peratus

Status kemajuan pembinaan 10 pakej kerja dari Sematan ke Miri melalui projek LPB Sarawak Fasa Satu yang giat dilaksanakan adalah sebanyak 71 peratus hingga September lepas.
Status kemajuan pembinaan 10 pakej kerja dari Sematan ke Miri melalui projek LPB Sarawak Fasa Satu yang giat dilaksanakan adalah sebanyak 71 peratus hingga September lepas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Status kemajuan pembinaan 10 pakej kerja dari Sematan ke Miri melalui projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sarawak Fasa Satu yang giat dilaksanakan adalah sebanyak 71 peratus hingga September lepas.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, satu pakej kerja iaitu pakej Telok Melano ke Sematan telah siap sepenuhnya pada Januari 2019.

"Sama seperti projek-projek kerajaan lain, wabak Covid-19 memberi kesan ke atas kemajuan kerja dan kos pembinaan projek LPB Sarawak bahawa jangkaan siap keseluruhan adalah pada September 2022.

"Sehubungan itu, pelbagai pelan mitigasi sedang dilaksanakan antara lainnya penyelarasan semula jadual pembinaan dan Lanjutan Masa (Extension Of Time - EOT) bagi memastikan kelancaran serta kelangsungan projek ini," katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara di sini pada Rabu.

Beliau menjawab soalan Senator Dr Nuing Jeluing yang ingin tahu status terkini pembinaan projek LPB memandangkan terdapat masalah disebabkan pandemik Covid-19, selain sama ada tarikh asal siap pembinaan dikekalkan atau dilanjutkan.

Menurut Arthur, projek LPB Sarawak Fasa Satu bernilai RM16.117 bilion meliputi 11 pakej kerja dengan jajaran sepanjang 786 kilometer bermula dari Telok Melano ke Miri dimulakan pada Oktober 2015.

Menurut beliau, Kementerian Kerja Raya turut mengambil langkah proaktif memantau prestasi kemajuan projek tersebut secara berterusan melalui lawatan berkala serta sesi libat urus bersama kontraktor dan perunding terlibat.

"Ini untuk mengenal pasti keberkesanan tindakan mitigasi dan penambahbaikan yang boleh diambil bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek LPB Sarawak," katanya. -Bernama

Artikel Berkaitan: