Kes baharu Covid-19 rekod 7,950 hari ini

Bilangan kes baharu positif Covid-19 pada Rabu meningkat kepada 7,950 berbanding hari sebelumnya, 7,276 kes.
Bilangan kes baharu positif Covid-19 pada Rabu meningkat kepada 7,950 berbanding hari sebelumnya, 7,276 kes.
A
A
A

PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Bilangan kes baharu positif Covid-19 pada Rabu meningkat kepada 7,950 berbanding hari sebelumnya, 7,276 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes terkumpul positif Covid-19 adalah 2,361,529 kes.

"Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my," katanya melalui Facebook, di sini.