X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 26 Januari 2022

Ikan di perairan Sungai Geting selamat dimakan

Syed Abu Hussin menyerahkan Surat Tawaran Program Khas Perumahan Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan kepada penerima di Kampung Menteri, Kuala Sepetang, pada Rabu.
A
A

TAIPING - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan kepada orang ramai hasil ikan di kawasan perairan Sungai Geting, Tumpat, Kelantan selamat untuk dimakan.

Pengerusinya, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, jaminan itu diberikan kerana pencemaran tersebut tidak menjejaskan ikan.

Bagaimanapun, menurut beliau hanya hasil kerangan yang tercemar dipercayai berpunca sisa toksin di kawasan berkenaan.

"Hanya kerang-kerangan sahaja yang dikesan telah tercemar dan boleh mengakibatkan kemudaratan jika dimakan. Ini kerana cara pemakanan kerang-kerangan berbeza dengan ikan.

"Setakat ini, hasil ikan dari sana masih selamat untuk dimakan," katanya kepada pemberita selepas Program Penyerahan Bantuan Kotak Ikan Berinsulasi dan Penyerahan Surat Tawaran Program Khas Perumahan Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan di Jeti Kampung Menteri, Kuala Sepetang di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai notis larangan memungut dan memakan kerang-kerangan yang dikeluarkan Jabatan Perikanan Negeri Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerang-kerangan dari Sungai Geting dicemari toksin saraf

Pada 11 Oktober, jabatan tersebut mengeluarkan notis larangan kepada orang ramai untuk melakukan aktiviti memungut, menjual dan makan spesies kerang-kerangan di kawasan perairan Sungai Geting.

Spesies kerang di lokasi tersebut dipercayai dicemari toksin saraf (saxitoxin) daripada alga berbahaya iaitu alexandrium minutum.

Larangan itu berkuat kuasa serta-merta berikutan hasil keputusan analisis daripada makmal Biosekuriti Perikanan yang dijalankan menemui bahan toksin itu.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!