Pengurus syarikat direman kemuka tuntutan palsu RM308,000

Suspek (kiri) dibawa ke Mahkamah Kuala Terengganu bagi permohonan reman sehingga Isnin depan.
Suspek (kiri) dibawa ke Mahkamah Kuala Terengganu bagi permohonan reman sehingga Isnin depan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pengurus sebuah syarikat direman selama enam hari bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu yang dikemukakan bernilai RM308,000.

Perintah tahanan reman terhadap suspek dibenarkan Majistret Mahkamah Kuala Terengganu, Noor Mazrinie Mahmood bermula Rabu hingga Isnin depan.

Suspek berusia 36 tahun yang juga pemilik sebuah perniagaan persendirian itu di dakwa mengemukakan tuntutan bagi bantuan insentif program PenjanaKerjaya1.0 yang disyaki mengandungi butiran palsu pada Disember 2020.

Dia ditahan di kediamannya di Kerteh, Kemaman jam 12.45 tengah hari Selasa sebelum dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu.

Siasatan kes tersebut dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Artikel Berkaitan: