AS akan buat keputusan mengenai rizab bank Afghanistan

Ned Price. - Foto ANI
Ned Price. - Foto ANI
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) akan membuat keputusan mengenai dana Afghanistan berdasarkan tindak-tanduk kerajaan akan datang, kata jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price pada Selasa.

"Apabila berkaitan dengan rizab bank pusat,... kami akan menilai dan berinteraksi dengan kerajaan Afghanistan yang akan datang berdasarkan kepimpinan dan tindak-tanduknya dalam... beberapa perkara penting," lapor Sputnik memetik Price semasa taklimat media.

Pentadbiran Biden telah memutuskan untuk membekukan dana kerajaan Afghanistan yang bernilai berbilion dolar yang disimpan di institusi kewangan AS untuk menghalang Taliban daripada mengakses dana itu.

Setelah Taliban memasuki Kabul pada pertengahan Ogos, yang menyebabkan kerajaan Afghanistan yang disokong AS tumbang, Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa menangguhkan bantuan kewangan kepada kerajaan baharu Afghanistan.

Bantuan dana mereka menyumbang hampir 75 peratus daripada perbelanjaan awam Afghanistan. AS turut membekukan aset bernilai berbilion dolar milik Bank Pusat Afghanistan. - Bernama

Artikel Berkaitan: