UNICEF bimbang keselamatan kanak-kanak migran di pusat tahanan di Libya

UNICEF. - Foto Reuters
UNICEF. - Foto Reuters
A
A
A

TRIPOLI Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Selasa menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan kanak-kanak migran yang ditahan di Tripoli, Libya.

Menurut UINCEF dalam satu kenyataan, keadaan keselamatan dan kesejahteraan sekurang-kurangnya 1,000 wanita serta kanak-kanak, termasuk lima kanak-kanak tanpa ditemani dan sekurang-kurangnya 30 bayi amat membimbangkan, lapor Xinhua.

Terdapat ribuan migran serta pencari suaka termasuk kira-kira 751 wanita dan 255 kanak-kanak ditahan pihak berkuasa Libya baru-baru ini.

"Hak anak-anak migran dan pelarian di Libya terus dinafikan apabila mereka ditahan sewenang-wenangnya," kata wakil khas UNICEF ke Libya, Cristina Brugiolo.

UNICEF dan agensi kemanusiaan lain mendesak pihak berkuasa Libya untuk melindungi kanak-kanak dan tidak memisahkan mereka dengan ibu bapa, penjaga dan keluarga.

Selain itu, UNICEF turut mendesak semua kanak-kanak yang ditahan di pusat tahanan di seluruh Libya segera dibebaskan.

"UNICEF bersedia bersama dengan rakan kongsi untuk memberikan sokongan teknikal termasuk mengaturkan pemberian rawatan alternatif untuk kanak-kanak yang ditahan," kata Brugiolo. - Bernama

Artikel Berkaitan: