X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

JAS kompaun kilang proses makanan sebabkan pencemaran

Pegawai JAS melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kilang memproses makanan di Pasir Gudang pada Isnin.
A
A

PASIR GUDANG - Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengenakan kompaun RM30,000 terhadap sebuah kilang yang memproses makanan di kawasan perindustian di sini pada Isnin selepas didapati menyebabkan pencemaran.

Pengarah JAS Johor, Dr Famey Yusof berkata, 15 kompaun dikeluarkan terhadap kilang tersebut selepas pemeriksaan secara berkala mendapati menyebabkan pencemaran namun dipercayai bukan sisa bahan kimia.

"Pihak kilang didapati gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

"Persampelan ke atas pelepasan efluen telah dijalankan dan dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya untuk dianalisis," katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Katanya, tindakan susulan akan diambil ke atas premis selepas keputusan analisis diterima daripada Jabatan Kimia.

Menurut beliau, pemeriksaan itu dilakukan bukan kerana menerima aduan penduduk tetapi melalui rondaan rutin secara berkala.

"Semasa rondaan secara rutin, kita dapati sumber air keruh sebelum pemeriksaan mendapati kandungan air sudah tercemar," katanya.

Menurutnya, premis industri diingatkan sentiasa mematuhi sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan serta memastikan sebarang pencemaran alam sekitar tidak berlaku.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!