Penyelia asrama mengaku salah terima suapan RM5,800

Penyelia asrama sebuah sekolah agama mengaku bersalah menerima suapan berjumlah RM5,800, empat tahun lepas di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu.
Penyelia asrama sebuah sekolah agama mengaku bersalah menerima suapan berjumlah RM5,800, empat tahun lepas di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu.
A
A
A

IPOH - Seorang penyelia asrama sebuah sekolah agama didenda RM8,000 dan sehari penjara oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu selepas mengaku bersalah menerima suapan berjumlah RM5,800, empat tahun lepas.

Hakim S Indera Nehru menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Rozi Ahmad Puad, 36, dan memerintahkan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Rozi sebagai penjawat awam iaitu penyelia asrama di Sekolah Menengah Agama al-Ulum al-Syar'iyyah dalam daerah Bagan Datuk telah memperoleh benda berharga daripada Ahmad Tarmizi Hariff untuk dirinya sendiri suatu suapan iaitu wang tunai RM5,800 melalui akaun bank milik tertuduh pada 31 Julai 2017.

Wang suapan itu sebagai upah untuk tertuduh tidak membuat sebarang pemotongan terhadap tuntutan kontraktor perkhidmatan bekalan makanan bermasak secara Islam pada bulan Julai 2017.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor manakala tertuduh yang telah berkahwin tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: