Kes positif global lebih 238.5 juta, kematian 4.86 juta

Gambar hiasan - Foto fail Reuters
Gambar hiasan - Foto fail Reuters
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 238.5 juta.

Ini berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 44.5 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 33.9 juta kes dan Brazil dengan lebih 21.5 juta kes.

United Kingdom kini mencatat lebih 8 juta kes, manakala Rusia, Perancis dan Turki antara negara yang mencatatkan lebih 7 juta kes.

Argentina catat angka melebihi 5 juta dan diikuti Colombia serta Sepanyol yang semakin hampir kepada jumlah tersebut.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan lebih 4.2 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.6 juta, Malaysia lebih 2.3 juta kes, Thailand dengan 1.7 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 132,000 kes.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 4. 86 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 715,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 601,000 kes, India lebih 450,000 kes, Mexico lebih 282,000 kes, sementara Rusia kini catat lebih 214,000 kematian.

United Kingdom, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 94,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 86,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 142,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 39,000 diikuti Malaysia dengan 27,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 17,000 angka korban. - Awani