Adakah PN akan sokong Ramli sebagai Timbalan Speaker?

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor telah dicalonkan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada Selasa.
Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor telah dicalonkan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada Selasa.
A
A
A

UMNO mencalonkan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi ciapan Twitternya pada Isnin.

Menurut Ahmad, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kedua-duanya telah bersetuju mencalonkan Ramli.

“Ini suatu sejarah sebagai orang Asli yang pertama dicalonkan. Hari ini hari akhir untuk cadangan nama sebelum sidang Parlimen 25 Oktober (mesyuarat kedua),” katanya.

Pencalonan Ramli selepas Ahli Parlimen Pontian itu mengumumkan menarik diri daripada menjadi calon Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ahmad berkata, langkah itu diambil bagi menumpukan perhatian kepada tugas dalam parti.

Persoalan, adakah dengan langkah terbaharu UMNO mengumumkan Ramli sebagai calon Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat akan disokong oleh Perikatan Nasional (PN) nanti?

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu sidang media yang diadakan pada 30 September lalu menyatakan gabungan itu telah mempunyai pendirian berhubung pelantikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin berkata, pendirian tersebut akan disampaikan kepada Ismail Sabri.

Di samping itu, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan juga pernah dilaporkan berkata nama calon Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu dirunding terlebih dahulu kerana partinya mempunyai prinsip tegas yang tidak boleh dikompromi.

Jadi, adakah telah ada rundingan membabitkan calon Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat sehingga UMNO bertindak mencalonkan nama Ramli?

Apa yang dapat dilihat di sini, berkemungkinan PN akan menyokong Ramli sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ini kerana, Ramli juga dilihat sebagai calon berkelayakan untuk menduduki jawatan berkenaan kerana beliau merupakan seorang bekas pegawai polis.

Beliau juga dilihat ‘tidak mempunyai isu dan kontroversi’ sepanjang menjadi ahli politik.

Ramli merupakan pendatang baru dalam dunia politik dan beliau memenangi kerusi Cameron Highlands pada Januari 2019 semasa pilihan raya kecil.