7 cabaran utama sekuriti makanan perlu diberi keutamaan: MAFI

Ronald (kanan) dan Haslina memaparkan produk hasil penyelidikan MARDI pada majlis perasmian Hari Inovasi MARDI di Serdang pada Selasa.
Ronald (kanan) dan Haslina memaparkan produk hasil penyelidikan MARDI pada majlis perasmian Hari Inovasi MARDI di Serdang pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) merangkumkan tujuh cabaran utama sekuriti makanan negara yang perlu diberikan keutamaan pada masa kini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) telah memberi kesan kepada agromakanan negara secara langsung dan tidak langsung.

Beliau berkata, ia sehingga mengganggu kelancaran rantaian makanan seperti pengeluaran, pengedaran, pemasaran dan peruncitan produk hasil pertanian dan industri makanan.

Ronald merasmikan Hari Inovasi MARDI 2021 di Serdang pada Selasa.
Ronald merasmikan Hari Inovasi MARDI 2021 di Serdang pada Selasa.

“Antara yang perlu diberi keutamaan ialah peningkatan penduduk dan permintaan makanan; peningkatan kos sara hidup dan harga makanan; kekurangan khasiat makanan dan malnutrisi berganda dan tahap produktiviti yang rendah, intensif buruh dan populasi petani berusia.

“Selain itu, pelaburan swasta serta pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang masih rendah; tahap adaptasi teknologi dan mekanisasi yang rendah; dan perubahan iklim serta kemampanan sumber semula jadi,” katanya pada majlis perasmian Hari Inovasi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) 2021 di Serdang pada Selasa.

Majlis turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang juga Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI, Datuk Haslina Abdul Hamid dan Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Zabawi Abdul Ghani.

Hari Inovasi MARDI 2021 bermula Selasa sehingga Khamis ini.

Artikel Berkaitan:

Empat produk hasil penyelidikan MARDI iaitu iaitu minuman berasaskan terung asam kaya dengan asid hidroksisinamik, krim anti radang (CleoSafe) berasaskan sayuran maman, ais krim kelapa kurang kalori, dan kelapa muda berkarbonat.
Empat produk hasil penyelidikan MARDI iaitu iaitu minuman berasaskan terung asam kaya dengan asid hidroksisinamik, krim anti radang (CleoSafe) berasaskan sayuran maman, ais krim kelapa kurang kalori, dan kelapa muda berkarbonat.

Sementara itu, Ronald berkata, MAFI telah merangka Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 (Pelan Tindakan DSMN) bagi meningkatkan daya tahan sistem makanan agar kekal utuh dalam menghadapi sebarang tekanan.

“Sehubungan itu, MARDI sebagai sebuah agensi penyelidikan utama di bawah MAFI mempunyai peranan yang sangat penting di dalam pelaksanaan Pelan Tindakan DSMN.

“Di antara strategi yang dirangka di dalam pelan tersebut ialah bagi meningkatkan intensiti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan (R&D&C) bagi meningkatkan produktiviti agromakanan dengan keutamaan diberikan terhadap pembangunan input pertanian seperti makanan ternakan serta baka dan benih tempatan yang berkualiti tinggi,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau berkata, inovasi produk makanan alternatif dan teknologi pertanian yang bertoleransi terhadap perubahan iklim turut diberi penekanan.

Menurutnya, MAFI juga mengharapkan teknologi dan inovasi yang dihasilkan MARDI dapat dipindahkan kepada golongan sasar mengikut keperluan dan kesesuaian di sepanjang rantaian nilai sekuriti makanan.

“Kaedah pragmatik seperti sistem pengeluaran lestari dan berkos efektif boleh dijadikan matlamat penting dalam membangunkan model output sesebuah aktiviti R&D&C,” katanya.

Ronald berkata, sempena dengan Hari Inovasi MARDI 2021, empat produk hasil penyelidikan MARDI dilancarkan iaitu minuman berasaskan terung asam kaya dengan asid hidroksisinamik, krim anti radang (CleoSafe) berasaskan sayuran maman, ais krim kelapa kurang kalori, dan kelapa muda berkarbonat.

Dari kiri: Haslina, Ronald, Mohamad Zabawi pada pelancaran produk hasil penyelidikan MARDI pada Selasa.
Dari kiri: Haslina, Ronald, Mohamad Zabawi pada pelancaran produk hasil penyelidikan MARDI pada Selasa.

“Saya juga amat yakin bahawa keempat-empat produk yang dilancarkan pada hari ini akan mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan sasar.

“Ini adalah salah satu kejayaan inovasi hasil penyelidikan MARDI yang ditonjolkan melalui Hari Inovasi MARDI 2021 dan kini bersedia untuk diperkenalkan kepada umum.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua penjana teknologi dan ahli pasukannya,” ujarnya.