X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

Undang-undang keselamatan siber dibentang dalam masa terdekat

Abd Latif Ahmad
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Undang-undang khusus bagi memperketat keselamatan siber akan dibentangkan dalam mesyuarat jemaah menteri dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latif Ahmad berkata, pada masa ini pihaknya sedang dalam proses meneliti syor-syor undang-undang tersebut.

"Saya sedang menyediakannya, kita tunggu memorandum jemaah menteri untuk dibentangkan," katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan sesi Hari Bertemu Pelanggan di Menara Usahawan pada Selasa.

Kerajaan sebelum ini bercadang mewujudkan undang-undang khusus bagi memperketat keselamatan siber di negara.

Ditanya mengenai perincian syor-syor berkenaan, Dr Abd Latif berkata, ia akan didedahkan selepas dibentangkan.

Dalam pada itu, beliau memperuntukkan tiga jam untuk bertemu dua mata secara terus dengan rakyat.

"Hari bertemu pelanggan ini dibuat setiap minggu pada Selasa, mereka boleh terus jumpa menteri tanpa tol (tanpa tapisan)," katanya.

Menurut beliau, sesi bertemu pelanggan mendapat sambutan menggalakkan daripada individu mahupun syarikat.

"Boleh dikatakan masalah yang dihadapi mereka dapat diselesaikan pada kadar segera," katanya.

Beliau berkata, mereka yang mempunyai keperluan untuk bertemunya boleh membuat permohonan menerusi dalam talian dan terhad kepada 10 pelanggan.

"Mereka boleh hadir ke Menara Usahawan untuk bertemu dan berbincang," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!