KDEBWM sumbang 125 tong sampah

Mohd Idris (empat dari kanan) menyerahkan tong sampah kepada Daing (kiri) pada majlis penyerahan di Kampung Melayu Ampang, Ampang pada Selasa.
Mohd Idris (empat dari kanan) menyerahkan tong sampah kepada Daing (kiri) pada majlis penyerahan di Kampung Melayu Ampang, Ampang pada Selasa.
A
A
A

AMPANG - KDEB Waste Management (KDEBWM) menyumbangkan sebanyak 125 tong sampah jenis MGB120L bagi kegunaan komuniti Kampung Melayu Ampang di sini pada Selasa.

Tong sampah itu akan ditempatkan di Lorong Merbau, Lorong Pinang, Lorong Seraya dan Lorong Jati, manakala sebuah tong sampah kitar semula ditempatkan di Pusat Khidmat Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Zon 7.

Pengurus Besar Operasi KDEBWM, Mohd ldris Mohamed Yusof berkata, tong sampah itu bagi membantu proses pembuangan sampah domestik lebih bersih dan teratur oleh penduduk di kawasan tersebut.

"Selain itu, kerja-kerja kutipan sampah juga dapat dijalankan lebih lancar kerana penduduk sebelum ini menempatkan sampah mereka menggunakan pelbagai medium seperti tangki air, beg dan kebuk simen," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan berkenaan di sini pada Selasa.

Sumbangan diserahkan kepada Ketua Kampung Majlis Pengurusan Kawasan Kampung (MPPK) Kampung Melayu Ampang, Daing Muhammad Najib Bachok.

Hadir sama pada majlis penyerahan itu ialah Ahli MPAJ Zon 7, Abdul Latif Shaari serta Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa, Suzana Shaharudin.

Sementara itu, Mohd Idris berkata, KDEBWM selaku syarikat yang mengendalikan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Selangor amat mengambil berat masalah dihadapi penduduk setempat.

Sehubungan itu, beliau berkata, KDEBWM akan terus menyokong usaha dan menyambut baik sekiranya terdapat pihak yang memerlukan bantuan dan kemudahan seperti ini.

Artikel Berkaitan:

"Ini sekali gus memastikan KDEBWM dan penduduk dapat bersama-sama dalam usaha melestarikan kebersihan dan keindahan khususnya di Selangor," katanya.