X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 07 Disember 2021

140 peniaga di Kelantan dianugerah sijil AKHP 2021

Adnan (tengah) menyampaikan sijil kepada peniaga yang memenangi AKHP 2021 di Kota Bharu pada Selasa.
A
A

KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menganugerahkan 140 sijil Anugerah Kedai Harga Patut (AKHP) 2021 kepada peniaga yang menjual barangan pilihan orang ramai dengan harga berpatutan.

Pengarahnya, Adnan Abd Rahman berkata, peniaga yang menerima sijil berkenaan membabitkan lapan kategori termasuk gerai makan, kedai alat tulis, kedai pakaian dan pasar mini.

"Tujuan AKHP 2021 adalah untuk menggalakkan premis perniagaan yang menjual barangan digemari pengguna dengan harga berpatutan dan kompetitif tanpa mengabaikan kualiti dan perkhidmatan jualan.

"Penilaian dibuat atas prestasi pematuhan yang baik dengan menjual barang pada harga patut, berkualiti dan menjadi pilihan pengguna di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sesi penyerahan anugerah berkenaan disempurnakan Adnan kepada Pengurus Kedai Makan Mutiara Corner dan Pengurus Pasaraya Pantai Timur di sini.

Adnan berkata, pengiktirafan AKHP 2021 juga diberikan kepada peniaga yang sentiasa memastikan kualiti, nilai dan perkhidmatan memenuhi kehendak serta keperluan pengguna.

Beliau berkata, objektif pelaksanaan penganugerahan AKHP 2021 ini menaikkan semangat peniaga dalam musim pandemik Covid-19 serta merangsangkan semula ekonomi negara secara pragmatik.

"Ini untuk memastikan semua suara didengari, demi kesejahteraan Keluarga Malaysia. kerjasama pelbagai pihak ini akan berterusan untuk memastikan kestabilan ekonomi negara dan kemakmuran kita bersama," jelas beliau.

Untuk rekod, AKHP diperkenalkan oleh KPDNHEP pada tahun 2003.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!