PM, Presiden UMNO setuju calon Ramli

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor telah dicalonkan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada Selasa.
Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor telah dicalonkan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor telah dicalonkan sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada Selasa.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pencalonan Ramli itu mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismal Sabri Yaakob dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad berkata, pencalonan Ramli sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu merupakan detik bersejarah kerana beliau orang asli pertama dicalonkan bagi jawatan berkenaan.

"YB Ramli Mohd Nor #Ahli Parlimen #Cameron Highlands dicalonkan sebagai Timbalan Speaker #DewanRakyat. Ini suatu sejarah, sebagai Orang Asli yang pertama dicalon," katanya menerusi ciapan di Twitternya.

Ahmad juga memaklumkan bahawa semalam merupakan hari terakhir untuk cadangan nama sebelum dibawa ke sidang pada 25 Oktober ini.

Pada 7 Oktober, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian, menarik diri selepas dicalonkan bagi mengisi jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat setelah dikosongkan Datuk Seri Azalina Othman Said yang meletakkan jawatan pada 23 Ogos lepas.

Menurutnya keputusan untuk menarik diri itu bagi menumpukan usaha dan perhatian kepada tanggungjawabnya sebagai Setiausaha Agung UMNO. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:UMNO umum Ramli calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat

Artikel Berkaitan: